Sudah lama Opej (Orang Pencen Jalan-Jalan) tidak mengemas Blog yang serba
kekurangan ini… al maklumlah blog Orang
Pencen… bila sihat rajinlah menjengah ke sini, tapi kalau dah uzur dangan
pelbagai penyakit….nak sentuh keybord mengetik ayat-ayat ini pun jadi malas
sangat-sangat…
Selepas tiga
tahun bercuti dari mengemaskini blog
ini, tiba-tiba semangat baru 2016 ini
datang meronta-ronta (kononnya le…) supaya sambung semula cerita tempat-tempat
baru yang dikunjungi… tak kiralah di dalam atau diluar negara… di desa ataupun
di kota…
Alhamdulillah
… kali ini berpeluang pergi ke Scotland sekali lagi, kali pertama pada 2013
(sebenarnya pergi mengunjungi anak
disana) maka apabila diberi rezeki oleh Allah dapatlah peluang datang
sekali pada tahun ini. Bagi Opej rezeki percutian begini bukan
semata-mata bergantung pada ringgit, tatapi juga rezeki kesihatan dan masa,
maklumlah orang pencen semuanya dah berkurangan –duit, tenaga, penglihatan,
pendengaran … yang bertambah hanyalah usia…dan cucu…hehehe.
Kali ini Opej ke Scotland Glasgow menggunakan pesawat Etihad. Guna pesawat ini nak jimat RM… semasa google nak cari tambang murah sejak Disember lalu ….pesawat inilah yang tawarkan harga terbaik. Walaupun destinasi Opej ke Glasgow … tapi beli tiket KLIA – Edinburg kerana dapat jimat dekat RM700 (untuk 2 orang). Dari Edinburg ke Glasgow (40km) anak datang ambil naik kereta je….kan dah jimat duit pencen tu….hehehe.
Penerbangan Etihad ini kira ok la… nak kata istimewa sangat tu tak la…Opej pun duduk kelas ekonomi.…lain le kalau First Class…yang penting ada makanan HALAL….tak ragu-ragu nak makan. Pesawat ini transit 4 jam di Abu Dhabi, sempatlah nak lurus-luruskan tangan dan kaki serta exercisekan pinggang yang dah tua ni…
Sementara
tunggu boarding untuk meneruskan penerbangan…kami sempat juga menikmati
sandwish tuna ... masa bayar dah kena USD17 …mak Oooiii mahalnya… (....Opej
la..)… 2 sandwish dan 2 kopi dah kena dekat RM80…bawa bekal pun lagi jimat..
Pesawat Etihad yang kami naiki selamat mendarat di Edinburg kita-kita jam 7.00 pagi. Cuaca sejuk dan angin dingin terus menerpa kami. Walaupun musim ini sudah Spring tapi hujan pagi itu membuat sejuk berganda kapada kami.. Di Balai ketibaan anak kami sudah menunggu dan kami terus ke Glasgow dimana kami akan bercuti 2 bulan disana
(konon-kononnya le...)