Walaupun sebelum berangkat ke Andalusia info tempat makan halal siap dikumpul, namun untuk mencarinya pun bukanlah mudah. Ini disebabkan:
- tempat tersebut serba baru dan asing kepada kita
- pencarian kita yang hanya berpandukan kepada maklumat internet / penulis blog - adakalanya maklumat lama yang tidak kemaskini.
- sukar bertanya kerana penduduk tempatan sangat kurang yang holeh bertutur dalam bahasa Ingeris (kalau bahasa Melayu tu saya tak cuba tanya pula..hehehe.. ).
Makanan Halal di Malaga
Ada beberapa restoran makanan Halal berhampiran lokasi pelancongan di Malaga. Antaranya sebuah retoran Morocco Teteria Palacio Nazari Restauran berhampiran dengan Muzium Piccaso dan Cathedral Malaga. Restoran ini menarik kerana menyediakan makanan ala Arab, minuman Teh Mint, Roti Naan, Kebab dan Nasi Arab. (Lihat review dari pelanggan)
Hiasan dalaman kedai ini juga menarik dengan bercirikan kearabannya. Layanan yang diberi cukup mesra terutama apabila mengetahui kita beragama Islam. Walaupun tidak boleh berbahasa Ingeris, mereka tetap berbual dan menjawab sebarang pertanyaan dari kita.
Alamat: Tetarua Palacio Nazari, Restaurant Calle San Agustin | Celle Echegaray, Malaga Spain. 952 60 20
Terdapat satu lagi Restaurant makanan Halal di Malaga iaitu Cafeteria Taperia Salma. Restaurant Morocco ini juga menyediakan makanan Arab yang enak.
![]() |
Pekerja restoran Nazari dok tunjuk kepakaran dia membuat 'Teh Arab'... |
Alamat: Teteria Palacio Nazari Restaurant Calle San Agustin | Calle Echegaray, Malaga, Spain. 952 60 20
Makanan Halal di Cordoba
Di Cordoba juga ada beberapa buah restoran yang menjual makanan halal. Setelah bertanya kepada seorang penjual cenderamata (boleh berbahsa Inggeris) kami dipandu kepada sebuah restoran Morocco berhampiran dengan Mezquita "Restaurant Sultan".
Contact:
Sultán al ArabC/ Martínez Rucker 414003 Cordoba
Tel.: +34-957-94 95 13
Mobile: +34-697-70 06 67
Sultán al ArabC/ Martínez Rucker 414003 Cordoba
Tel.: +34-957-94 95 13
Mobile: +34-697-70 06 67

Walaupun restaurant ni mengakui mereka menjual makanan 'Halal' dan ada tanda HALAL, tetapi kita harus berhati-hati juga.
AWAS... Adakalanya dalam menu ada menjual 'Jamon' iaitu khinzir....
Restaurant Laorekebab, Cordoba katanya 'Halal' .. tapi saya tak cuba makan pun... |
Restaurant 'Halal' di Sevilla
Di Sevilla ada sebuah restaurant Turky berhampiran dengan Cathedaral Sevilla. Kawasan tu memang sibuk dengan pelancung. Saya beli 'taa pau' makan kat dalam kereta kerana waktu tu kami dah nak bergerak ke Malaga semula.
Restauran ini ada bersebelahan dengan Cathedral Sevila. |
Rehat sebentar sementera menunggu 'Kebab' di 'ta pau' |