Kesempatan berada di Glasgow membuat 'ajitravelog' tak melepaskan peluang ke Edinburgh, sebuah bandar tekenal dengan keindahan castle dan senibina bangunan lama yang mengkaumkan.
Terletak kira-kira 1 jam pemanduan berkereta dari Glasgow, bandar ini boleh dikunjungi dengan berkereta atau pengankutan awam seperti bas dan keretapi dari Glasgow. Melihat kepada peta pelancungan Edinburgh, hati pasti tertarik untuk melihat sendiri bangunan dan tempat-tempat pelancungan meneraik yang ada di bandar itu.
Dari Glasgow pagi-pagi lagi kami menaiki keretapi untuk ke Edinburgh. Kami memilih keretapi kerana lebih selesa serta ingin melihat pemandangan ladang ternakan biri-biri di sepanjang perjalanan itu nanti.
Ketika kami pergi musim Summer sudah bermula. Memang hajat kami untuk melihat ternakan berkeliaran di ladang sepanjang perjalanan itu tercapai. Cuaca waktu ini juga cukup selesa dan waktu siang pula lebih panjang dari malam, siangnya bermula dari 4.30 pagi hingga 10.00 malam.
Perjalanan menaiki keretapi dari Glasgow ke Edinburgh hanyalah lebih kurang satu jam. Kami naik di Station Queen Street, Glasgow dan turun di Station Warveley Edinburgh. Sebaik sampai kami terus ke
Pusat Pelancung Princes Mall berdekatan
Station Keretapi Warveley. Station ini terletak betul-betul edi pusat bandat Edinburgh. Yang menariknya Perkhidmatan Penerangan Pelancung disini memang best. Maklumat yang diberi, penerangan, risalah dan peta pelancungannya lengkap dan sangat membantu kita.
|
Pusat Penerangan Pelancungan Edinburgh di Princes Mall |
Hop-Up-Hop-Off Bus
Dari Pusat Pelancungan ini kami hanya berjalan kaki ke Edinburgh Castel yang terletak di Old Town. Kami memilih bejalan kaki kerana:
Pertama: kami nak jimat pound (maklumlah ini budget traveler)
Kedua: Tenaga dan fizikalpun alhamdulillah masih sihat dan mampu berjalan dan
Ketiga: sambil berjalan dapat lihat dan menikmati lebih banyak pemandangan menarik berbanding menaiki Hop-Up-Hop-Off Bus. Jadi sesiapa yang ke Edinburgh tak perlulah menaiki 'hop-on-hop-off bus' dan jimat 13GBP seorang.
Perjalanan biasa dari Station Warveley ke Edinburgh Castle mengambil masa l/k 15-20 minit. Tetapi kami mengambil masa hampir 4o minit kerana kerap berhenti untuk melihat bangunan, pemandangan dan kedai-kedai cenderamata yang cukup menarik sepanjang perjalanan ke castel itu.
Tiket Masuk Ke Edinburgh Castle
Untuk masuk ke Castle kita dikenakan bayaran 16GBP (RM76.80) seorang. Pelancung sangat ramai dan terpaksalah kami berbaris untuk membeli tiket. "Salah sendiri... ", sepatutnya tiket ini boleh dibeli melalui 'on-line' tanpa membuang masa hampir 40 minit berbaris untuk membeli tiket.
Sepanjang sehari mengunjungi Edinburgh, kami sempat berjalan-jalan ke Museum of Scotland,
Palace of Hollyroodhouse, Scott Monument, Scotland Parliamen, dan berjalan santai disepanjang High Street dan menjengok pusat membeli belah yang sangat sibuk di sepanjang Princess Street.
Kami menamatkan lawatan dengan meninjau kedai-kedai di Princess Mall dan sekitar jam 6.00ptg kami sudahpun berada di dalam keretapi untuk balik ke Glasgow.
|
Cenderamata tempatan yang banyak terdapat di High Street |
|
Pemandangan biasa di Edinburgh, Begpipe music di jalan-jalan
di kawasan pelancungan |
|
Pemandangan di pintu masuk ke Edinburgh Castle |