Walaupun kami ke Kemboja untuk bercuti tapi kami ada tujuan yang lebih besar. Kami ingin mengunjungi sekolah-sekolah agama yang ada di kampong-kampung
pendalaman di Kampong Cham ( 170 km dari
Phnom Penh.)
Melihat keadaan sekolah agama yang daif ini mengingatkan saya zaman Negara kita 40-50 tahun dulu. Atap sekolah yang robek, berlantaikan tanah, meja dan kerusi dari papan terbuang (jika di Malaysia) memang menyedihkan.
Melihat kemiskinan penduduk di kampong-kampung ini juga
membuat kita insaf. Betapa sukarnya
kehidupan masyarakat minoriti Islam jika
dibawah kuasa bukan Islam.. Kehidupan, perkampungan, pendidikan dan ekonomi mereka terbiar begitu saja…
Ada antara sekolah ini terpaksa ditutup kerana tiada ustaz
dan kemiskinan penduduknya. Setiap kali hendak meninggalkan sekolah ini, kata-kata akhir yang disampaikan oleh pelajar, ustaz dan penduduk kampung ialah "encik, bantulah sekolah agama kami ini..."
# # #
No comments:
Post a Comment