Pages

Monday, May 13, 2013

Percutian di Andalusia: Panduan Mencari Makanan 'Halal' di Andalusia

Melancung secara bersendirian ke Andalusia di Selatan Sepanyol memerlukan sedikit 'pengorbanan' dari segi makanan.  Ertinya janganlah nak makan sedap macam berada di rumah sendiri. Makanlah ala kadar saja. Roti dan kebab sudah memadai.  Ini disebabkan sukarnya kita mendapatkan kedai makan halal di negara tersebut.

Walaupun sebelum berangkat ke Andalusia info tempat makan halal siap dikumpul, namun untuk mencarinya pun bukanlah mudah.  Ini disebabkan:
  • tempat tersebut serba baru dan asing kepada kita  
  • pencarian kita yang  hanya berpandukan kepada maklumat internet / penulis blog - adakalanya maklumat lama yang tidak kemaskini.  
  • sukar bertanya kerana penduduk tempatan sangat kurang yang holeh bertutur dalam bahasa Ingeris (kalau bahasa Melayu tu saya tak cuba tanya pula..hehehe.. ).

Makanan Halal di Malaga

Ada   beberapa restoran makanan Halal berhampiran lokasi pelancongan di Malaga.  Antaranya sebuah  retoran Morocco Teteria Palacio Nazari Restauran berhampiran dengan Muzium Piccaso dan Cathedral Malaga.  Restoran ini menarik kerana menyediakan makanan ala Arab, minuman Teh Mint, Roti Naan, Kebab dan Nasi Arab. (Lihat review dari pelanggan)

Hiasan dalaman kedai ini juga menarik dengan bercirikan kearabannya.  Layanan yang diberi cukup mesra terutama apabila mengetahui kita beragama Islam.  Walaupun tidak boleh berbahasa Ingeris, mereka tetap berbual  dan menjawab sebarang pertanyaan dari kita.

Alamat: Tetarua Palacio Nazari, Restaurant Calle San Agustin | Celle Echegaray, Malaga Spain. 952 60 20

Terdapat satu lagi Restaurant makanan Halal di Malaga iaitu Cafeteria Taperia Salma.  Restaurant Morocco ini juga menyediakan makanan Arab yang enak. 






Pekerja restoran Nazari dok tunjuk
kepakaran dia membuat 'Teh Arab'... 








Alamat:  Teteria Palacio Nazari  Restaurant Calle San Agustin | Calle Echegaray, Malaga, Spain. 952 60 20 



Makanan Halal di Cordoba

Di Cordoba juga ada beberapa buah restoran yang menjual makanan halal.   Setelah bertanya kepada seorang penjual cenderamata (boleh berbahsa Inggeris) kami dipandu kepada sebuah restoran Morocco berhampiran dengan Mezquita "Restaurant Sultan". 


Contact:
Sultán al ArabC/ Martínez Rucker 414003 Cordoba
Tel.: +34-957-94 95 13
Mobile: +34-697-70 06 67





Walaupun restaurant ni mengakui mereka menjual makanan 'Halal' dan ada tanda  HALAL, tetapi kita harus berhati-hati juga.  

AWAS...  Adakalanya dalam menu  ada menjual  'Jamon'  iaitu khinzir.... 







Restaurant Laorekebab, Cordoba katanya 'Halal' ..
tapi saya tak cuba makan pun...  

Restaurant 'Halal' di Sevilla

Di Sevilla ada sebuah restaurant Turky berhampiran dengan Cathedaral Sevilla.  Kawasan tu memang sibuk dengan pelancung.  Saya beli 'taa pau' makan kat dalam kereta kerana waktu tu kami dah nak bergerak ke Malaga semula.


Restauran ini ada bersebelahan dengan
Cathedral Sevila.


Nama dan alamat Restaurant Turkey ni saya tak dapat catat di sini kerana dah terhilang.

Rehat sebentar sementera menunggu 'Kebab' di 'ta pau'

Video: Madina Al Zahra 'City of Al Zahra" Cordoba, Spain


Video ketika melawat Cordoba, Spain.

Wednesday, May 1, 2013

Lawatan ke Andalusia !!!


Menjejak kaki di Andalusia, Selatan Sepanyol memang tidak di mimpikan dalam hidup kami.  Pertama: kami langsung tidak pernah menyimpan angan-angan untuk kesana.  Sekadar melihat gambar atau filem di tv sudah mencukupi.  Kedua: kami hanya mempunyai sedikit tabungan, lebih baik diguna kepada perkara yang lebih penting. 



Tapi sejak berada di rumah anak di Glasgow,  angan-angan ke Andalusia mula terbayang.  Setelah dikira, tolak, campur, darap dan bahagi rasa-rasa macam adalah sedikit buget untuk digunakan. Apa lagi tiket penerbangan dah di support oleh anak he he he... rugi kalau tak pergi..
Berada di Andalusia selama 7 hari bagaikan tak mencukupi... kami fokus untuk melihat tempat-tempat yang ada kaitan dengan sejarah Islam berdasarkan budget kami yang terhad.   


Lawatan pertama kami hanya disekitar Malaga. Melawat Alcazaba iaitu  tinggalan binaan dan taman yang dibina oleh orang Islam antara abad 8 - 11,  ketika itu Islam menguasai Andalusia, di Selatan Sepanyol.  Taman ini dikesan oleh ahli arkiologi   pada tahun 1951.  Terdapat banyak kesan senibina Islam pada bangunan tinggalan yang berusia lebih  1100 tahun itu.

Bersebelahan dengan Alcazaha adalah Cathedral yang dibina di atas tapak Masjid orang Islam. Binaan   Cathedral ini bermula 1528  setelah orang Kristian menawan Malaga dari orang Islam yang  telah  menguasai Malaga sejak Abad Ke 8.




Disamping itu kami sembat bersantai di sekitar bandar Malaga.  Bandar pelancongan ini cukup bersih. Lorong-lorong bangunannya yang agak sempit dan bersih itu merupakan pemandangan dan pengalaman  yang sangat menarik bagi kami.








Pintu masuk ke Alcazaba



Ciri binaan Islam yang ada di Alcazaba


       
Replika tembikar orang Islam yang ditemui
 di tapak Alcazaba