Pages

Wednesday, May 1, 2013

Lawatan ke Andalusia !!!


Menjejak kaki di Andalusia, Selatan Sepanyol memang tidak di mimpikan dalam hidup kami.  Pertama: kami langsung tidak pernah menyimpan angan-angan untuk kesana.  Sekadar melihat gambar atau filem di tv sudah mencukupi.  Kedua: kami hanya mempunyai sedikit tabungan, lebih baik diguna kepada perkara yang lebih penting. 



Tapi sejak berada di rumah anak di Glasgow,  angan-angan ke Andalusia mula terbayang.  Setelah dikira, tolak, campur, darap dan bahagi rasa-rasa macam adalah sedikit buget untuk digunakan. Apa lagi tiket penerbangan dah di support oleh anak he he he... rugi kalau tak pergi..
Berada di Andalusia selama 7 hari bagaikan tak mencukupi... kami fokus untuk melihat tempat-tempat yang ada kaitan dengan sejarah Islam berdasarkan budget kami yang terhad.   


Lawatan pertama kami hanya disekitar Malaga. Melawat Alcazaba iaitu  tinggalan binaan dan taman yang dibina oleh orang Islam antara abad 8 - 11,  ketika itu Islam menguasai Andalusia, di Selatan Sepanyol.  Taman ini dikesan oleh ahli arkiologi   pada tahun 1951.  Terdapat banyak kesan senibina Islam pada bangunan tinggalan yang berusia lebih  1100 tahun itu.

Bersebelahan dengan Alcazaha adalah Cathedral yang dibina di atas tapak Masjid orang Islam. Binaan   Cathedral ini bermula 1528  setelah orang Kristian menawan Malaga dari orang Islam yang  telah  menguasai Malaga sejak Abad Ke 8.




Disamping itu kami sembat bersantai di sekitar bandar Malaga.  Bandar pelancongan ini cukup bersih. Lorong-lorong bangunannya yang agak sempit dan bersih itu merupakan pemandangan dan pengalaman  yang sangat menarik bagi kami.








Pintu masuk ke Alcazaba



Ciri binaan Islam yang ada di Alcazaba


       
Replika tembikar orang Islam yang ditemui
 di tapak Alcazaba  














             

















No comments:

Post a Comment