Pages

Sunday, March 31, 2013

Dari Kundang ke Londonnn (2)

Kesempatan singgah beberapa hari di kota London sebelum meneruskan perjalanan ke Glasgow membuat kami tidak melepaskan peluang mengunjungi beberapa tempat pelancungan utama di kota besar dunia itu.

Walaupun kini sudah memasuki musim 'Spring' tetapi  cuaca sangat dingin.  Ada kalanya waktu siang hanya sekitar  4 darjah manakala malam menurun kepada neg. 2 .
Demam dan batuk yang di bawa dari Sri Kundang nampaknya tidak akan sembuh dalam waktu terdekat ini.  Banyak juga ubat batuk dan selsema yang dah di teguk tapi nampaknya belum berkesan.

Sepanjang beberapa hari di Kota London sempatlah pemandu pelancung kami Dino & Farah membawa kami bersiar ke  beberapa tempat menarik di kota besar itu.








 



Thursday, March 28, 2013

Dari Sri Kundang Ke Londonnn.. (1)

Assalamu a'laikum, sejak post terakhir lalu, dah lebih sebulan 'ajitrvelog'  menyepi.  Alasanya biasalah sibuk.. sibuk... sibuk.  Tapi bukan itu saja sejak akhir Mac lalu diserang batuk-batuk dan demam. Dan paling teruknya diserang penyakit 'malasss'. Masa kena batuk dan demam tu barulah insaf... betapa besarnya nikmat di anugerahkan oleh Allah SWT yang kita lupa langsung untuk bersyukur kepadaNya, sehinggalah nikmat itu diambilNya semula..

Alhamdulillah..kini kesihatan dah kembali pulih.  Semangat pun dah datang semula. Untuk post ini saya nak kongsikan pengalaman baru bagi saya yang dah usia emas niii..


Sebenarnya hajat nak berjalan-jalan di negeri 'orang putih' ni memang tidak ada dalam kamus hidup saya. Sehinggalah  diberikan rezeki oleh Allah SWT ada anak yang malanjutkan pelajaran di Scotland menjemput kami ke rumahnya. Ini rezki dan nikmat Allah ini.  Apa lagi tak kan nak tolak   :-) .

Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, anak dan cucu yang paling sibuk,  macamlah  nak hantar orang pergi menunaikan haji.
                            

Ketibaan kami di Lapangan Terbang  Heathrow London  disambut oleh anak dan menantu Dino & Farah.  Sekali gus rindu kami selama ini telah terubat.  Dari situ perjalanan kami pun bermula untuk tempuh hampir tiga bulan lagi sebelum balik semula ke Malaysia.Dari airport kami mula   mengheret dua beg besar dalam cuaca yang sangat dingin menaiki 'tube' untuk ke apartment  penginapan.

Bersesak untuk menaiki tube

Euston, lokasi apartment semasa berada di London

Pandangan dari tingkap apartment
Sebelum ke Glasgow, Scotland program di London hanyalah  'Jalan-jalan; Makan-makan'.  Program relax dan santai.  Kalau tak jalan-jalan sekarang mungkin tak ada peluang lagi nanti...



Oleh kerana cuaca sangat sejuk serta demam dan batuk yang di bawa dari Sri Kundang masih belum sembuh jadi kami pun pergilah ke beberapa tempat  pelancungan yang utama jangan sampai kempunan langsung...



Trafalgar Square 


... bersambung..

Tip:
1. Pastikan ada peta London atau GPS, ianya sangat banyak membantu
2. Sentiasa rujuk weather forecast sebelum keluar berjalan-jalan
3. Guna "Tube', lebih murah dan menyenangkan
4. Bawa bekalan 'roti, buahan dan minuman'; ianya lebih mudah dan menjimatkan wang dan masa dari mencari diluar.



Tuesday, March 12, 2013

Beriani & Asam Pedas




En Salleh & isterinya Pn Rashidah












Hari ini aku ke Shah Alam, Selangor - saja jalan-jalan sambil selesaikan urusan peribadi. Tiba-tiba teringatkan seorang kawan lama Salleh Manaf yang dah buka restoran kan kawasan tu.
Dia ni memang kaki masak sejak sama-sama berkhidmat dalam kerajaan dulu.. berkat usaha dan kesungguhannya maka hari ni dah berjaya buka restoran nasi beriani dan asam pedas kat Sec 15, Shah Alam dengan nama "MSM Beriani and Asam Pedas".  Lokasinya adalah dalam kawasan: Checkers Hypermarket Shah Alam.  Sebelah kiri sebaik memasuki Checkers Hypermarket,  bersebelahan dengan tempat mencuci kereta.


Menu Board kat MSM Beriani & Asam Pedas



Ketika menikmati hidangan di restorannya, rasanya memang lazat.  Tetap mengancam macam dulu-dulu juga.  Dia juga pernah buat katering untuk majlis perkahwinan anak aku,  bukan sekali ... tapi TIGA kali majlis perkahwinan..





Menu Utama: Asam Pedas Ikan Pari, Semilang dll





Sesiapa nak cuba silalah ke Checkers Hypermarket Shah Alam.  Restoran "MSM Beriani and Asam Pedas"  ni ada dalam satu kawasan dengan hypermarket tu.  Masa aku pergi tengahari tadi, restoran dia ni penuh dengan pelanggan..  nak sembang panjang dengan dia pun tak boleh maklumlah dia sibuk layan pelanggan...  Mungkin aku boleh sembang kat padang golf... (dia ni pun kaki gof juga..)

Suasana bersih dan lantai yang sentiasa di cuci...
Pelanggan sedang menikmati hidangan
di MSM Beriani & Asam Pedas
Istimewanya restoran kerana:
  • Menu yang enak dan
  • Restoran yang bersih
  • Kawasan parking yang luas

Kalau anda ingin menikmati beriani Johor dan Asam Pedas sila ke "MSM Beriani + Asam Pedas"  Disamping menu utama itu, kita juga boleh memesan Mee Rebus, Nasi Goreng, Soto dan kueh-kueh tradisional seperti  Lempeng, Ubi Rebus dan pelbagai jenis  bubur.

 
#####

Sunday, March 3, 2013

Memories @ Kampung Lasah

Dibeli hasil dari kerja
mendulang bijih di hutan
berhampiran dengan
kampung kami...
Just came back from Kampung Lasah near Sungai Siput (U) Perak. This is my lovely kampung and here is  my old house that keep lots of memories. Lots of things happen here become 'asam garam hidup' ' air mata gembira and duka' 'ketawa and nangis' 'senang and susah'  all mix up become spices of our family life.. realy ... it's not an easy live at all. 


Allready 45yrs old...
not easy for emak to get this..
Bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana susah payah Abah & Emak dan berkat doa mereka kami menjadi insan  yang berguna hari ini....

I take a chance to snap few photo for my memories..

Mesin ini akan sibuk setiap menjelang Hari Raya..

Katil ni dah berusia 36 tahun


Cap 'Butterfly'  most popular at that time

"Almari lauk' di sinilah lauk extra
disimpan.. kalau ada lebih le...


'Meja' hasil buatan Alyrm  Abah...
masih kukuh & terus kami guna hingga kini..

#  #  #