Pages

Tuesday, February 26, 2013

STOP a while @ Hua Hin (Cambodia 6)

On our way from Bangkok to Pattani, we take a chance to stop at Hua Hin, one of popular tourism spot in Thailand.  Aku dapat tahu  Hua  Hin adalah  good place for golfing. They have so many beautiful golf courses and few of my friends had played here. Unfortunately I have no chance yet.  Harap-harap dapatlah  peluang main kat sini satu nanti. Sesapa nak pegi kasi tau le yek..

Kat Hua  Hin ni ada banyak tempat menarik… bandar dan pantainya bersih, tak le congested and very peaceful.  Aku sempat singgah di Plearnwan  dan Floating Marketnya.  Memang sesuai kalau sesape  nak bawa keluarga bercuti. Makanan halal aku tak tau, sebab aku tak makan kat sini, tapi ada juga aku nampak macam orangMuslim berniaga makanan.  Kalau dah ada rancangan nak pegi kene lah google dulu… takut-takut dah sampai situ kene puasa lak…baguh juga buat puasa sunat…

Plearnwan Hua Hin ni istimewa kerana memaparkan pengguaan barang-barang lama dan terpakai. Dari produk hinggalah ke bangunannya sendiri. According to info this is Thailand’s first Eco Vintage Village. Memang sesuaipun dipanggil vintage village.



Entrance to Plearnwan
 


 


Handmade candy



Entrance to Plearnwan 
 








 





 





 



Next we stop at Hua Hin Floating Market.  Walaupun ada beberapa perahu yang menjual barang cenderamata, tapi Floating Market di Bangkok jauh lebih baik dan meriah.

Kat sini juga ada sheep farm untuk anak-anak bermain. Seperti Plearnwan, masuk ke Floating Market ini juga free - no charge.


 



















 


 


 


 



 


 


 




 




 


 
 

 


 
 


















 




# # #

Thursday, February 21, 2013

Bantulah Sekolah Agama Kami !!!! (Kemboja 4)


Walaupun kami ke  Kemboja  untuk bercuti  tapi kami ada tujuan yang lebih besar.  Kami ingin mengunjungi  sekolah-sekolah agama yang ada di kampong-kampung pendalaman di Kampong Cham (  170 km dari Phnom Penh.)
Ustaz Nan, Mudir Pusat Tahfiz Darul Ulama (PTDU) Sri Kundang mempunyai hubungan baik dengan sekolah-sekolah tersebut.  Antara sekolah ini adalah menjadi cawangan kepada  (PTDU).  Gaji  guru, bahan-bahan pengajian dan pembangunan infra sekolahnya mendapat sokongan biaya dari PTDU.
Melihat keadaan sekolah agama  yang daif ini mengingatkan saya  zaman  Negara kita 40-50 tahun dulu.  Atap sekolah yang robek, berlantaikan  tanah, meja dan kerusi  dari papan terbuang (jika di Malaysia) memang menyedihkan.

Melihat kemiskinan penduduk di kampong-kampung ini juga membuat kita insaf.  Betapa sukarnya kehidupan masyarakat  minoriti Islam jika dibawah kuasa bukan Islam.. Kehidupan, perkampungan, pendidikan  dan ekonomi mereka terbiar begitu saja…
Kedatangan kami memang ditungu oleh penduduk.  Tidak ada acara sambutan… tapi wajah senyum, ceria dan mengharap itulah yang membuat kami rasa terharu..

Kedatangan kami membawa  kiriman dari insan dan sahabat dari Malaysia bagi menyampaikan sedakah dan zakat kepada penduduk di sini.  Kami juga membawa Al-Quraan, Mukhadam dan serba sedikit alatulis untuk pada pelajar.
Kami sempat mengunjungi beberapa sekolah agama yang menjadi cawangan PTDU,  iaitu Sek Agama dan Pondok Kg, Kebau, Sek Agama Kg. Oby, Sek Agama Kg Sedar, Sek Agama K Rokaporam, Sek Agama Kg. Jiah, Sek Agama Kg. Jemnik dan Sek Agama Kg Ro.

Ada antara sekolah ini terpaksa ditutup kerana tiada ustaz dan kemiskinan penduduknya. Setiap kali hendak meninggalkan sekolah ini, kata-kata akhir yang disampaikan oleh pelajar, ustaz dan penduduk kampung ialah "encik, bantulah sekolah agama kami ini..."



# # #






 

Wednesday, February 20, 2013

10 Tips Melancong secara sendirian Ke Kemboja (3)


Anda ingin melancong ke Kemboja?   Anda tidak menggunakan khidmat agen pelancongan?
Jika 'Ya' , anda patut terus membaca post ini...

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya kongsikan beberpa tips ... mana tau kot-kot boleh membantu anda..

Tip No 1.  Google... jangan tak google peta Kemboja dan locate tempat-tempat yang nak di lawati.  Google  juga blog yang ada senarai itinearary lawatan dan gunakan maklumat tersebut untuk buat  itinearary sendiri. (my Itinearary @  page myINFO)

Tip No 2.  Kesihatan diri harus dijaga.  Bawa bersama ubatan yang kita perlu makan supaya percutian tidak terganggu.  Oleh kerana jenis dan cara masakan yang berbeza mungkin perut kita akan 'meragam'.  Oleh itu bersedialah dengan bekalan sebarang jenis pil cirit birit.

Tip No 3. Di Phnom Phen tempat makanan halal adalah 'terhad', jadi cari  tempat  penginap / hotel  berhampiran dengan kawasan yang ada  restoran halal.  Atau bawalah bekal beberapa bungkus mee segera, biskut dan teh/kopi/milo segera.  Jenis-jenis segera ni kadang kala dpt menyelamatkan kita dlm keadaan genting....

Tasnim Restauran di #43 St 86 Sangkat Sras Chork,
Khan Daun Penh, Pnom Penh.


Tip No 4.   Kereta atau van sewaan memang ada.  Jadi google lah dulu, dapatkan idea tentang harga sewanya agar anda tidak kecewa.  Untuk van yang saya sewa (12 orang) , harganya USD60 sehari (dlm Phnom Phen).  Kalau keluar dari bandar Phnom Phen dia charge USD80 perhari.





Halal Restauran di #13 St 130 Sangkat Phsar Kandal 1, Phnom Penh.
dekat Hotel Indonice2

Tip No 5. Tempat lawatan yang patut di kunjungi antaranya :  Tuol Sleng Genocide Museum (penjara Khmer Rouge) di zaman Pol ,  Killing Fields of Choeung Ek, (17 km selatan Phnom Penh, 40 min by taxi or moto or tuktuk). A former Chinese cemetery, this is where the Khmer Rouge killed many thousands of their victims during their four-year reign of terror,  Pasar Russia, Central Market,  Tugu  Kemerdekaan, Mekong River Cruise.  Yang lain tu anda google le... 

TukTuk di Phnom Phen
Tip No 6.  Jika anda ingin naik beca motor (tuktuk), elok tanya harga dan jaraknya kepada petugas hotel dulu.., lepas tu pastikan anda tanya pula harga kpd pemandu tuk-tuk sebelum naik.  Jika tidak waktu turun nanti anda akan terkejut harganya...

 
Tip No 7. Para peniaga banyak menggunakan matawang USD disamping Riel Kemboja. Jadi tukarlah RM anda kepada USD sebelum pergi. Tapi kalau anda ke Kg Cham  (170 km dri Phnom Phen) tiada masalah  menukar wang RM kepada Riel, mereka terima RM dengan senang hati...  Di Malaysia matawang Riel tidak diniagakan jadi tak leh le kita nak tukar RM kpd Riel. 

Tip No 8.  Jika anda bercadang menaiki boat cruise di Sungai Mekong, memadailah ambil pakej 1 jam  (USD15).  Jika pakej 2 jam mereka akan hanya berlegar-legar atau perlahankan kelajuan boat saja. (nak cukupkan masa he...he...he...  )

Tip No 9. Jika membeli belah di Pasar Rusia pastikan anda tawar kurang dari separuh harga yang diminta... mereka pun dah tau pelancong akan tawar begitu.... 

Tip No 10. Peganglah kepada Moto:  Melancong adalah untuk explore sesuatu yang unik dan berbeza tentang tempat dan budaya orang lain.  Kalau nak habiskan masa tidur di hotel, lebih baik tidur dan berehat kat rumah aje... jadi nikmatilah perbezaan dan kelainan alam ciptaan Allah itu sepenuh-penuhnya disamping menghayati akan kebesaranNya.


#  #  #

Tuesday, February 19, 2013

8 hari Kemboja - Thailand (2)

hi semua..

Program 'Jalan-Jalan; Makan-Makan' aku kali ni adalah Kemboja dan Thailand selama 8 hari.
Aku berangkat ke Kemboja dengan pesawat Airasia. Perjalanan balik dari Kemboja ke Thailand dan ke Malaysia aku guna jalan darat. Mak .....oooii... jauhnya, setelah di kira-kira rupanya aku dah travel melalui jalan darat l/k 3000 km. Tak pernah terfikir nak buat macam ni selama 8 hari... Penat tapi enjoy abis...



Jalan darat: Phnom Phen-Kampong Cham-Phnom Phen-Bangkok-
Pattani-Narathiwat-Yala-Hatnyai- dan Kg Melayu Sri Kundang  (l/k 3000 km)
 
Menyampaikan Al Quraan kepada pelajar
di Sek Agama Kg. Kerbau, Kg Cham, Kemboja
Dari Airport Phnom Phen kami menuju Kampong Cham  dengan menaiki van. Majlis Aqiqah telah diatur di Sek Agama Kg Kerbau, Kg. Cham. Ketika kami sampai pelajar, ustaz dan imam kg Kerbau dah pun menunggu.

Kami turut menyampaikan naskah Al Quraan dan Mukhadam yang dibawa dari Malaysia kepada pelajar yang ternyata cukup gembira menerimanya.




 
 
 
 
 
 
CB
 
ZDHBZHB
 
XCCB
 
 
B

 
 
 
 
  # # #
 
 


Dari Phnom Phen ke Kampong Cham (Kemboja 1)


Perjalanan dari Phnom Phen ke Kampong Cham (170km)  memakan masa  kira-kira 4 jam. Keadaan jalannya amatlah teruk kerana masih dalam proses pembinaan.  Sesekali kami rasa seperti menunggang kuda je…  Debu jalan berterbangan dan ada kalanya pandangan ditutup debu langsung tidak nampak kenderaan di hadapan atau dibelakang.

Setelah dua kali berhenti rehat bagi meluruskan otot-otot, kami akhirnya sampai di  Bandar Kampong Cham. Pemandangan disini agak berbeza dengan Phnom Penh  kerana  disini sudah kelihatan ramai orang Islam.  Orang lelaki yang berkopiah dan orang perempuang yang bertudung , kanak-kanak yang berjubah, masjid dan kedai makanan Islam juga sudah kelihatan banyak disini. 

 
Hati begitu seronok dan syukur kerana dapat melihat kelompok minoriti Islam yang gigih menjalani kehidupan di tangah-tengah masyarakt majoriti Budha.

Kami berhenti untuk menukar mata wang Ringgit kepada mata wang Real (Khmer) kerana  ingin memberi  sedekah yang  kepada kanak-kanak di beberapa sekolah agama.  Nampaknya Ringgit Malaysia tiada masalah, malah diterima baik oleh Money Changer  di Kampong Cham ini.

Banyaknya wang !!
 
Ustaz Daud (depan)  & Hj Ibrahim dengan
wang kertas Kemboja yang baru ditukar
 
Setelah menukar wang, kami meneruskan perjalanan untuk melawat Sekolah Agama Kampung Kerbau. Ketua rombongan kami, Ustaz Adnan sudah menguruskan seekor lembu untuk korban Aqiqah di sekolah tersebut.   
 
 
 
Daging rebus dan nasi, "hidangan yang sudah sangat
istimewa bagi pelajar Sekolah Agama Kg Kerbau" di Kg Cham Kambodia

Daging rebus di perah dengan asam limau..
sudah cukup menyelerakan kami


Rumah kediaman di Sek Agama Kg. Kerbau, Kg Cham Kambodia

Foto kenangan bersama Ustaz dan Imam Masjid Kg. Kerbau Kg Cham Kambodia
 
# # # #
--------------------------------------------------------------------------------------------------------