Pages

Friday, June 7, 2013

Selamat Tinggal Cucu...

Rumah Dino& Farah (kat Tkt 1)

Hati memang rasa berat.  Sebentar lagi kira-kira 12 jam dari sekarang kami akan berangkat balik ke K.Lumpur setelah hampir tiga bulan berada di Glasgow.  Setelah setiap hari bersama dengan Dino dan Farah, serta bakal cucu kami....  hati bersasa sungguh berat untuk berpisah dengan mereka. Apatah lagi melihat Farah yang sedang sarat menunggu masa untuk  melahirkan cucu kami yang ke 8.

Sebenarnya, jika boleh kami memang mahu berada di Glasgow bersama mereka bagi menyambut kelahiran cucu kami yang ini.  Aku ingin mengQamatkannya, aku ingin melihat wajah pertamanya seperti cucu-cucu auk yang lain.  Ini kerana  semua 7 cucu kami yang lalu kami ada  bersama menyambut mereka.  Aku jugalah yang meng azan atau mengqamatkan mereka. Itulah nikmat seorang yang telah menjadi 'atuk'.   Yang nyata Allah telah membalas usaha aku itu dengan menjadikan semua cucu aku cukup rapat dan menyangi aku.  Tapi untuk cucu yang ke 8 ini, akan dilahirkan di Glasgow dan aku tidak dapat berbuat seperti cucu-cucu ku yang lain.  Sebentar lagi  kami akan berangkat pulang ke KL. Kami mendokan agar Allah SWT mempermudahkan semua urasan dan saat-saat kelahiran dan kehidupannya nanti.

Beg pakain dan kotak-kotak  telah siap di packing.  Penerbangan pulang ini mengambil masa 15 jam.  Kami akan transit di Amsterdam selama 2 jam sebelum menyambung penerbangan ke KL yang dijangka akan sampai jam 3 petang pada 9 Jun.

Malam tadi (kebetulan malam Jumaat)  kami telah solat berjamaah dan membaca surah Yaseen dan berdoa memohan kepada Allah SWT agar semua urusan dunia dan akhirat kita di permudahkan.  Kemudiannya kami berkhatam alquraan.  Kepada Dino dan Farah janganlah bersedih, Abah dan Emak tetap mendoakan kebaikan kedua-dua dan bakal cahayamata yang sedang di nanti. Yang lain kita serah kepada Allah SWT kerana segala di bumi dan dilangit ini adalah dalam urusan, genggaman dan ketetepan Nya.

Kejiranan yang tenang...


NB:
Dino & Farah berada di Glasgow selama empat tahun kerana Dino menyambung pelajarannya disini.


 

Saturday, June 1, 2013

Sehari di Edinburgh, Scotland

Kesempatan berada di Glasgow membuat 'ajitravelog' tak melepaskan peluang ke Edinburgh, sebuah bandar  tekenal dengan keindahan castle dan senibina bangunan lama yang mengkaumkan.

Terletak kira-kira 1 jam pemanduan berkereta dari Glasgow, bandar ini boleh dikunjungi  dengan berkereta atau pengankutan awam seperti bas dan keretapi dari Glasgow.  Melihat kepada peta pelancungan Edinburgh, hati pasti tertarik untuk melihat sendiri bangunan dan tempat-tempat pelancungan meneraik yang ada di bandar itu.

Dari Glasgow pagi-pagi lagi  kami menaiki keretapi untuk ke Edinburgh. Kami memilih keretapi kerana lebih selesa serta ingin melihat pemandangan ladang ternakan biri-biri di sepanjang perjalanan itu nanti.

Ketika kami pergi musim Summer  sudah bermula. Memang hajat kami untuk melihat ternakan berkeliaran di ladang sepanjang perjalanan itu tercapai. Cuaca waktu ini juga   cukup selesa dan waktu siang pula lebih panjang dari malam, siangnya bermula  dari  4.30 pagi hingga 10.00 malam.

Perjalanan menaiki keretapi dari Glasgow ke Edinburgh hanyalah lebih kurang satu jam.  Kami naik di Station Queen Street, Glasgow dan turun di Station Warveley Edinburgh. Sebaik sampai kami terus ke Pusat Pelancung Princes Mall berdekatan Station Keretapi Warveley.  Station ini terletak betul-betul edi pusat  bandat Edinburgh.  Yang menariknya  Perkhidmatan Penerangan Pelancung disini memang best. Maklumat yang diberi, penerangan, risalah dan peta pelancungannya lengkap dan sangat membantu kita.
Pusat Penerangan Pelancungan Edinburgh di Princes Mall

Hop-Up-Hop-Off Bus

Dari Pusat Pelancungan ini kami hanya berjalan kaki  ke Edinburgh Castel yang terletak di Old Town.  Kami memilih bejalan kaki kerana:  Pertama: kami nak jimat pound (maklumlah ini budget traveler) Kedua: Tenaga dan fizikalpun alhamdulillah masih sihat dan mampu berjalan dan  Ketiga:  sambil berjalan dapat lihat dan menikmati lebih banyak pemandangan menarik berbanding menaiki Hop-Up-Hop-Off Bus.  Jadi sesiapa yang ke Edinburgh tak perlulah menaiki 'hop-on-hop-off bus' dan jimat 13GBP seorang.

Perjalanan biasa dari Station Warveley ke Edinburgh Castle mengambil masa l/k 15-20 minit.  Tetapi kami mengambil masa hampir 4o minit kerana kerap berhenti untuk melihat bangunan, pemandangan dan kedai-kedai cenderamata yang cukup  menarik  sepanjang perjalanan  ke castel itu.
    
Tiket Masuk Ke Edinburgh Castle

Untuk masuk ke Castle kita dikenakan bayaran  16GBP  (RM76.80) seorang.  Pelancung sangat ramai dan terpaksalah kami berbaris untuk membeli tiket.  "Salah sendiri... ", sepatutnya tiket ini boleh dibeli melalui 'on-line' tanpa membuang masa hampir 40 minit berbaris untuk membeli tiket.




Sepanjang sehari mengunjungi Edinburgh, kami sempat berjalan-jalan ke Museum of Scotland,
Palace of  Hollyroodhouse, Scott Monument, Scotland Parliamen, dan berjalan santai disepanjang High Street dan menjengok pusat membeli belah yang sangat sibuk di sepanjang Princess Street.

Kami menamatkan lawatan dengan meninjau kedai-kedai  di Princess Mall dan  sekitar jam 6.00ptg  kami sudahpun berada di dalam keretapi untuk balik ke Glasgow.





Cenderamata tempatan  yang banyak terdapat di High Street 

Pemandangan biasa di Edinburgh, Begpipe music di jalan-jalan
di kawasan pelancungan

Pemandangan di pintu masuk ke Edinburgh Castle