Pages

Friday, June 7, 2013

Selamat Tinggal Cucu...

Rumah Dino& Farah (kat Tkt 1)

Hati memang rasa berat.  Sebentar lagi kira-kira 12 jam dari sekarang kami akan berangkat balik ke K.Lumpur setelah hampir tiga bulan berada di Glasgow.  Setelah setiap hari bersama dengan Dino dan Farah, serta bakal cucu kami....  hati bersasa sungguh berat untuk berpisah dengan mereka. Apatah lagi melihat Farah yang sedang sarat menunggu masa untuk  melahirkan cucu kami yang ke 8.

Sebenarnya, jika boleh kami memang mahu berada di Glasgow bersama mereka bagi menyambut kelahiran cucu kami yang ini.  Aku ingin mengQamatkannya, aku ingin melihat wajah pertamanya seperti cucu-cucu auk yang lain.  Ini kerana  semua 7 cucu kami yang lalu kami ada  bersama menyambut mereka.  Aku jugalah yang meng azan atau mengqamatkan mereka. Itulah nikmat seorang yang telah menjadi 'atuk'.   Yang nyata Allah telah membalas usaha aku itu dengan menjadikan semua cucu aku cukup rapat dan menyangi aku.  Tapi untuk cucu yang ke 8 ini, akan dilahirkan di Glasgow dan aku tidak dapat berbuat seperti cucu-cucu ku yang lain.  Sebentar lagi  kami akan berangkat pulang ke KL. Kami mendokan agar Allah SWT mempermudahkan semua urasan dan saat-saat kelahiran dan kehidupannya nanti.

Beg pakain dan kotak-kotak  telah siap di packing.  Penerbangan pulang ini mengambil masa 15 jam.  Kami akan transit di Amsterdam selama 2 jam sebelum menyambung penerbangan ke KL yang dijangka akan sampai jam 3 petang pada 9 Jun.

Malam tadi (kebetulan malam Jumaat)  kami telah solat berjamaah dan membaca surah Yaseen dan berdoa memohan kepada Allah SWT agar semua urusan dunia dan akhirat kita di permudahkan.  Kemudiannya kami berkhatam alquraan.  Kepada Dino dan Farah janganlah bersedih, Abah dan Emak tetap mendoakan kebaikan kedua-dua dan bakal cahayamata yang sedang di nanti. Yang lain kita serah kepada Allah SWT kerana segala di bumi dan dilangit ini adalah dalam urusan, genggaman dan ketetepan Nya.

Kejiranan yang tenang...


NB:
Dino & Farah berada di Glasgow selama empat tahun kerana Dino menyambung pelajarannya disini.


 

No comments:

Post a Comment