Pages

Friday, April 22, 2016

OPEJ 'Orang Pencen Jalan-Jalan' - Glasgow Scotland (1)

Sudah lama Opej (Orang Pencen Jalan-Jalan)  tidak mengemas Blog yang serba kekurangan ini…  al maklumlah blog Orang Pencen… bila sihat rajinlah menjengah ke sini, tapi kalau dah uzur dangan pelbagai penyakit….nak sentuh keybord mengetik ayat-ayat ini pun jadi malas sangat-sangat…

Selepas tiga tahun bercuti dari mengemaskini  blog ini, tiba-tiba semangat  baru 2016 ini datang meronta-ronta (kononnya le…) supaya sambung semula cerita tempat-tempat baru yang dikunjungi… tak kiralah di dalam atau diluar negara… di desa ataupun di kota…

Alhamdulillah … kali ini berpeluang pergi ke Scotland sekali lagi, kali pertama pada 2013 (sebenarnya pergi mengunjungi anak  disana) maka apabila diberi rezeki oleh Allah dapatlah peluang datang sekali pada tahun  ini.  Bagi Opej rezeki percutian begini bukan semata-mata bergantung pada ringgit, tatapi juga rezeki kesihatan dan masa, maklumlah orang pencen semuanya dah berkurangan –duit, tenaga, penglihatan, pendengaran … yang bertambah hanyalah usia…dan cucu…hehehe.

Kali ini Opej ke Scotland Glasgow menggunakan pesawat Etihad.  Guna pesawat ini nak jimat RM… semasa google nak cari tambang murah sejak Disember lalu ….pesawat inilah yang tawarkan harga terbaik.   Walaupun destinasi Opej ke Glasgow … tapi beli tiket KLIA – Edinburg  kerana dapat jimat dekat RM700 (untuk 2 orang).  Dari Edinburg ke Glasgow (40km) anak datang ambil naik kereta je….kan dah jimat duit pencen  tu….hehehe.

Penerbangan Etihad ini kira ok la… nak kata istimewa sangat tu tak la…Opej pun duduk kelas ekonomi.…lain le kalau First Class…yang penting ada makanan HALAL….tak ragu-ragu nak makan.   Pesawat ini transit 4 jam di Abu Dhabi,  sempatlah nak lurus-luruskan tangan dan kaki serta exercisekan  pinggang   yang dah tua ni…

Sementara tunggu boarding untuk meneruskan penerbangan…kami sempat juga menikmati sandwish tuna ... masa bayar dah kena USD17 …mak Oooiii mahalnya…  (....Opej la..)… 2 sandwish dan 2 kopi dah kena dekat RM80…bawa bekal pun lagi jimat..

Pesawat Etihad yang kami naiki selamat mendarat di Edinburg kita-kita jam 7.00 pagi.  Cuaca sejuk dan angin dingin  terus menerpa kami.  Walaupun musim ini sudah Spring tapi hujan pagi itu membuat sejuk berganda kapada kami.. Di Balai ketibaan anak kami sudah menunggu dan kami terus  ke Glasgow dimana kami akan bercuti 2 bulan disana 
(konon-kononnya le...)

No comments:

Post a Comment