Pages

Thursday, March 28, 2013

Dari Sri Kundang Ke Londonnn.. (1)

Assalamu a'laikum, sejak post terakhir lalu, dah lebih sebulan 'ajitrvelog'  menyepi.  Alasanya biasalah sibuk.. sibuk... sibuk.  Tapi bukan itu saja sejak akhir Mac lalu diserang batuk-batuk dan demam. Dan paling teruknya diserang penyakit 'malasss'. Masa kena batuk dan demam tu barulah insaf... betapa besarnya nikmat di anugerahkan oleh Allah SWT yang kita lupa langsung untuk bersyukur kepadaNya, sehinggalah nikmat itu diambilNya semula..

Alhamdulillah..kini kesihatan dah kembali pulih.  Semangat pun dah datang semula. Untuk post ini saya nak kongsikan pengalaman baru bagi saya yang dah usia emas niii..


Sebenarnya hajat nak berjalan-jalan di negeri 'orang putih' ni memang tidak ada dalam kamus hidup saya. Sehinggalah  diberikan rezeki oleh Allah SWT ada anak yang malanjutkan pelajaran di Scotland menjemput kami ke rumahnya. Ini rezki dan nikmat Allah ini.  Apa lagi tak kan nak tolak   :-) .

Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, anak dan cucu yang paling sibuk,  macamlah  nak hantar orang pergi menunaikan haji.
                            

Ketibaan kami di Lapangan Terbang  Heathrow London  disambut oleh anak dan menantu Dino & Farah.  Sekali gus rindu kami selama ini telah terubat.  Dari situ perjalanan kami pun bermula untuk tempuh hampir tiga bulan lagi sebelum balik semula ke Malaysia.Dari airport kami mula   mengheret dua beg besar dalam cuaca yang sangat dingin menaiki 'tube' untuk ke apartment  penginapan.

Bersesak untuk menaiki tube

Euston, lokasi apartment semasa berada di London

Pandangan dari tingkap apartment
Sebelum ke Glasgow, Scotland program di London hanyalah  'Jalan-jalan; Makan-makan'.  Program relax dan santai.  Kalau tak jalan-jalan sekarang mungkin tak ada peluang lagi nanti...



Oleh kerana cuaca sangat sejuk serta demam dan batuk yang di bawa dari Sri Kundang masih belum sembuh jadi kami pun pergilah ke beberapa tempat  pelancungan yang utama jangan sampai kempunan langsung...



Trafalgar Square 


... bersambung..

Tip:
1. Pastikan ada peta London atau GPS, ianya sangat banyak membantu
2. Sentiasa rujuk weather forecast sebelum keluar berjalan-jalan
3. Guna "Tube', lebih murah dan menyenangkan
4. Bawa bekalan 'roti, buahan dan minuman'; ianya lebih mudah dan menjimatkan wang dan masa dari mencari diluar.



No comments:

Post a Comment