Pages

Tuesday, March 12, 2013

Beriani & Asam Pedas




En Salleh & isterinya Pn Rashidah












Hari ini aku ke Shah Alam, Selangor - saja jalan-jalan sambil selesaikan urusan peribadi. Tiba-tiba teringatkan seorang kawan lama Salleh Manaf yang dah buka restoran kan kawasan tu.
Dia ni memang kaki masak sejak sama-sama berkhidmat dalam kerajaan dulu.. berkat usaha dan kesungguhannya maka hari ni dah berjaya buka restoran nasi beriani dan asam pedas kat Sec 15, Shah Alam dengan nama "MSM Beriani and Asam Pedas".  Lokasinya adalah dalam kawasan: Checkers Hypermarket Shah Alam.  Sebelah kiri sebaik memasuki Checkers Hypermarket,  bersebelahan dengan tempat mencuci kereta.


Menu Board kat MSM Beriani & Asam Pedas



Ketika menikmati hidangan di restorannya, rasanya memang lazat.  Tetap mengancam macam dulu-dulu juga.  Dia juga pernah buat katering untuk majlis perkahwinan anak aku,  bukan sekali ... tapi TIGA kali majlis perkahwinan..





Menu Utama: Asam Pedas Ikan Pari, Semilang dll





Sesiapa nak cuba silalah ke Checkers Hypermarket Shah Alam.  Restoran "MSM Beriani and Asam Pedas"  ni ada dalam satu kawasan dengan hypermarket tu.  Masa aku pergi tengahari tadi, restoran dia ni penuh dengan pelanggan..  nak sembang panjang dengan dia pun tak boleh maklumlah dia sibuk layan pelanggan...  Mungkin aku boleh sembang kat padang golf... (dia ni pun kaki gof juga..)

Suasana bersih dan lantai yang sentiasa di cuci...
Pelanggan sedang menikmati hidangan
di MSM Beriani & Asam Pedas
Istimewanya restoran kerana:
  • Menu yang enak dan
  • Restoran yang bersih
  • Kawasan parking yang luas

Kalau anda ingin menikmati beriani Johor dan Asam Pedas sila ke "MSM Beriani + Asam Pedas"  Disamping menu utama itu, kita juga boleh memesan Mee Rebus, Nasi Goreng, Soto dan kueh-kueh tradisional seperti  Lempeng, Ubi Rebus dan pelbagai jenis  bubur.

 
#####

No comments:

Post a Comment