Pages

Tuesday, February 19, 2013

Trip ke Palembang

Palembang: Bersiar di Palembang seronok juga. Maklum le berjalan-jalan ketempat baru. – yang belum pernah kita pergi. Semua yang nampak baru belaka. Semuanya kita nak tengok.. macam rusa masuk pekan.. leher pun macam zirafah... mata pun macam lensa 'wide angle' semua nak dilihat. Semuanya jadi pengalaman baru. Patutlah ada peribahasa jauh ‘perjalanan, banyak pengalaman…‘

Bagi warga Malaysia yang pernah baca kisah sejarah, Palembang ni selalunya dikaitkan dengan Melaka dan Kerajaan Seriwijaya, Raja Parameswara dan Wan Empuk dan Wan Malini.



Menurut buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, keturunan raja di Melaka tu dulu adalah keturunan dan suku sakat dari Palembang. Tak taulah kita nak bahaskan… biarlah ahli sejarah buat pengesahan…



Muzium Palembang... saja singgah nak lihat & dengar macam mana
dia orang cerita ttg Raja Parameswara + Melaka



Yang aku tau sebaik sampai di Hotel Grand Duta - ditempah melalui Agoda - perut terasa lapar. Aku terus mencari restoran untuk isi perut sebelum gastric mengambil tempat. Rupanya kawasan sekitar Grand Duta Hotel ini memang banyak restoran yang mengidangkan masakan tempatan.

Masakan di sini banyak persamaan dengan Malaysia. Antaranya ada gulai lemak ikan, sop, pais ikan, pindang ikan patin, pindang tulang, ulaman dan sambal tempoyakkk…. Tapi yang pasti tak ketinggalan ialah ulaman + goreng tempe dan tahu. Rasa tempe dia orang ni memang sedap abisss.




Hidangan tempatan lengkap....



Nak buat macam mana, selera aku ni memang selera orang lama.. selera orang kampong lah katakan, hidangan macam ni memang sesuai sangat dengan aku...





Ayam kampung Gereng + Daun Kemangi + Terung Bakar... memang enakkk



Hidangan ni memang tak de kat tempat kita...
Ikan Seluang goreng... tulang dia rangup, aku kunyah abis...


Pais Ikan Baung... rasa dia memang bes,
sbb dia campur dg daun herba




Antara tempat utma di promosi di Palembang adalah Pasar Ilir 16. Tempat ni menjadi tumpuan ramai kerana disinilah pasar basah dan kedai menjual pelbagai barang pakaian hinggalah kepada ikan, buahan dan sayuran. Memang ramai dan bersesak keadaanya hampir sama seperti Pasar Baru di Bandung dan Pasar Chow Kit Road, KL 


Wet Market di Palembang ni menjual pelbagai barang...

 




Beca di Palembang menunggu pelanggan

Seorang penjual rokok bersama penjual Pempek
(makanan terkenal di Palembang)
di dataran Sg Musi berlatarbelakang Jambatan Ampera.

Pemandangan jalan raya dari bilik hotel di waktu pagi



 






# # # #

No comments:

Post a Comment