Pages

Wednesday, February 20, 2013

10 Tips Melancong secara sendirian Ke Kemboja (3)


Anda ingin melancong ke Kemboja?   Anda tidak menggunakan khidmat agen pelancongan?
Jika 'Ya' , anda patut terus membaca post ini...

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya kongsikan beberpa tips ... mana tau kot-kot boleh membantu anda..

Tip No 1.  Google... jangan tak google peta Kemboja dan locate tempat-tempat yang nak di lawati.  Google  juga blog yang ada senarai itinearary lawatan dan gunakan maklumat tersebut untuk buat  itinearary sendiri. (my Itinearary @  page myINFO)

Tip No 2.  Kesihatan diri harus dijaga.  Bawa bersama ubatan yang kita perlu makan supaya percutian tidak terganggu.  Oleh kerana jenis dan cara masakan yang berbeza mungkin perut kita akan 'meragam'.  Oleh itu bersedialah dengan bekalan sebarang jenis pil cirit birit.

Tip No 3. Di Phnom Phen tempat makanan halal adalah 'terhad', jadi cari  tempat  penginap / hotel  berhampiran dengan kawasan yang ada  restoran halal.  Atau bawalah bekal beberapa bungkus mee segera, biskut dan teh/kopi/milo segera.  Jenis-jenis segera ni kadang kala dpt menyelamatkan kita dlm keadaan genting....

Tasnim Restauran di #43 St 86 Sangkat Sras Chork,
Khan Daun Penh, Pnom Penh.


Tip No 4.   Kereta atau van sewaan memang ada.  Jadi google lah dulu, dapatkan idea tentang harga sewanya agar anda tidak kecewa.  Untuk van yang saya sewa (12 orang) , harganya USD60 sehari (dlm Phnom Phen).  Kalau keluar dari bandar Phnom Phen dia charge USD80 perhari.





Halal Restauran di #13 St 130 Sangkat Phsar Kandal 1, Phnom Penh.
dekat Hotel Indonice2

Tip No 5. Tempat lawatan yang patut di kunjungi antaranya :  Tuol Sleng Genocide Museum (penjara Khmer Rouge) di zaman Pol ,  Killing Fields of Choeung Ek, (17 km selatan Phnom Penh, 40 min by taxi or moto or tuktuk). A former Chinese cemetery, this is where the Khmer Rouge killed many thousands of their victims during their four-year reign of terror,  Pasar Russia, Central Market,  Tugu  Kemerdekaan, Mekong River Cruise.  Yang lain tu anda google le... 

TukTuk di Phnom Phen
Tip No 6.  Jika anda ingin naik beca motor (tuktuk), elok tanya harga dan jaraknya kepada petugas hotel dulu.., lepas tu pastikan anda tanya pula harga kpd pemandu tuk-tuk sebelum naik.  Jika tidak waktu turun nanti anda akan terkejut harganya...

 
Tip No 7. Para peniaga banyak menggunakan matawang USD disamping Riel Kemboja. Jadi tukarlah RM anda kepada USD sebelum pergi. Tapi kalau anda ke Kg Cham  (170 km dri Phnom Phen) tiada masalah  menukar wang RM kepada Riel, mereka terima RM dengan senang hati...  Di Malaysia matawang Riel tidak diniagakan jadi tak leh le kita nak tukar RM kpd Riel. 

Tip No 8.  Jika anda bercadang menaiki boat cruise di Sungai Mekong, memadailah ambil pakej 1 jam  (USD15).  Jika pakej 2 jam mereka akan hanya berlegar-legar atau perlahankan kelajuan boat saja. (nak cukupkan masa he...he...he...  )

Tip No 9. Jika membeli belah di Pasar Rusia pastikan anda tawar kurang dari separuh harga yang diminta... mereka pun dah tau pelancong akan tawar begitu.... 

Tip No 10. Peganglah kepada Moto:  Melancong adalah untuk explore sesuatu yang unik dan berbeza tentang tempat dan budaya orang lain.  Kalau nak habiskan masa tidur di hotel, lebih baik tidur dan berehat kat rumah aje... jadi nikmatilah perbezaan dan kelainan alam ciptaan Allah itu sepenuh-penuhnya disamping menghayati akan kebesaranNya.


#  #  #

No comments:

Post a Comment