Pages

Tuesday, February 19, 2013

Dari Phnom Phen ke Kampong Cham (Kemboja 1)


Perjalanan dari Phnom Phen ke Kampong Cham (170km)  memakan masa  kira-kira 4 jam. Keadaan jalannya amatlah teruk kerana masih dalam proses pembinaan.  Sesekali kami rasa seperti menunggang kuda je…  Debu jalan berterbangan dan ada kalanya pandangan ditutup debu langsung tidak nampak kenderaan di hadapan atau dibelakang.

Setelah dua kali berhenti rehat bagi meluruskan otot-otot, kami akhirnya sampai di  Bandar Kampong Cham. Pemandangan disini agak berbeza dengan Phnom Penh  kerana  disini sudah kelihatan ramai orang Islam.  Orang lelaki yang berkopiah dan orang perempuang yang bertudung , kanak-kanak yang berjubah, masjid dan kedai makanan Islam juga sudah kelihatan banyak disini. 

 
Hati begitu seronok dan syukur kerana dapat melihat kelompok minoriti Islam yang gigih menjalani kehidupan di tangah-tengah masyarakt majoriti Budha.

Kami berhenti untuk menukar mata wang Ringgit kepada mata wang Real (Khmer) kerana  ingin memberi  sedekah yang  kepada kanak-kanak di beberapa sekolah agama.  Nampaknya Ringgit Malaysia tiada masalah, malah diterima baik oleh Money Changer  di Kampong Cham ini.

Banyaknya wang !!
 
Ustaz Daud (depan)  & Hj Ibrahim dengan
wang kertas Kemboja yang baru ditukar
 
Setelah menukar wang, kami meneruskan perjalanan untuk melawat Sekolah Agama Kampung Kerbau. Ketua rombongan kami, Ustaz Adnan sudah menguruskan seekor lembu untuk korban Aqiqah di sekolah tersebut.   
 
 
 
Daging rebus dan nasi, "hidangan yang sudah sangat
istimewa bagi pelajar Sekolah Agama Kg Kerbau" di Kg Cham Kambodia

Daging rebus di perah dengan asam limau..
sudah cukup menyelerakan kami


Rumah kediaman di Sek Agama Kg. Kerbau, Kg Cham Kambodia

Foto kenangan bersama Ustaz dan Imam Masjid Kg. Kerbau Kg Cham Kambodia
 
# # # #
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

1 comment: