Pages

Thursday, February 21, 2013

Bantulah Sekolah Agama Kami !!!! (Kemboja 4)


Walaupun kami ke  Kemboja  untuk bercuti  tapi kami ada tujuan yang lebih besar.  Kami ingin mengunjungi  sekolah-sekolah agama yang ada di kampong-kampung pendalaman di Kampong Cham (  170 km dari Phnom Penh.)
Ustaz Nan, Mudir Pusat Tahfiz Darul Ulama (PTDU) Sri Kundang mempunyai hubungan baik dengan sekolah-sekolah tersebut.  Antara sekolah ini adalah menjadi cawangan kepada  (PTDU).  Gaji  guru, bahan-bahan pengajian dan pembangunan infra sekolahnya mendapat sokongan biaya dari PTDU.
Melihat keadaan sekolah agama  yang daif ini mengingatkan saya  zaman  Negara kita 40-50 tahun dulu.  Atap sekolah yang robek, berlantaikan  tanah, meja dan kerusi  dari papan terbuang (jika di Malaysia) memang menyedihkan.

Melihat kemiskinan penduduk di kampong-kampung ini juga membuat kita insaf.  Betapa sukarnya kehidupan masyarakat  minoriti Islam jika dibawah kuasa bukan Islam.. Kehidupan, perkampungan, pendidikan  dan ekonomi mereka terbiar begitu saja…
Kedatangan kami memang ditungu oleh penduduk.  Tidak ada acara sambutan… tapi wajah senyum, ceria dan mengharap itulah yang membuat kami rasa terharu..

Kedatangan kami membawa  kiriman dari insan dan sahabat dari Malaysia bagi menyampaikan sedakah dan zakat kepada penduduk di sini.  Kami juga membawa Al-Quraan, Mukhadam dan serba sedikit alatulis untuk pada pelajar.
Kami sempat mengunjungi beberapa sekolah agama yang menjadi cawangan PTDU,  iaitu Sek Agama dan Pondok Kg, Kebau, Sek Agama Kg. Oby, Sek Agama Kg Sedar, Sek Agama K Rokaporam, Sek Agama Kg. Jiah, Sek Agama Kg. Jemnik dan Sek Agama Kg Ro.

Ada antara sekolah ini terpaksa ditutup kerana tiada ustaz dan kemiskinan penduduknya. Setiap kali hendak meninggalkan sekolah ini, kata-kata akhir yang disampaikan oleh pelajar, ustaz dan penduduk kampung ialah "encik, bantulah sekolah agama kami ini..."



# # #






 

No comments:

Post a Comment